SELANGOR

Shuhaimi santuni penduduk Sri Andalas

OLEH HAZIQ ISMAIL

KLANG, 30 APR: Calon KEADILAN Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei memulakan program hari ini dengan membuat tinjauan dan mengedarkan risalah kepada penduduk, di sekitar Sri Andalas, di sini.

Kawasan pertama yang dilawat Shuhaimi adalah gerai Majlis Perbandaran Klang untuk bersarapan dan bertemu kira-kira 150 penduduk, di kawasan itu.

Beliau turut duduk semeja bersama penduduk dan memberikan pandangan berkenaan suasana politik.

“Kebanyakan yang saya temui nampaknya memahami dan memberi sokongan padu kepada usaha Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Shuhaimi turut melawat Gerai Nasi Lemak Haji Ismail dan beramah mesra dengan 100 pengundi serta penduduk, di kawasan berkenaan.

“Secara keseluruhan, hari ini tumpuan saya sekitar Taman Sri Andalas dan selepas ini akan ke kawasan lain untuk berjumpa dengan pengundi memohon memberikan mandat kepada wakil PAKATAN,” katanya.

 


Pengarang :