SELANGOR

Sultan Sharafuddin berangkat saksikan Pameran DSA 2018

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 18 APR: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 di MITEC, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, lawatan Baginda diiringi Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia (YMM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Baginda meluangkan masa melawat ke booth pameran termasuk booth Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain melawat ke ruang pameran syarikat korporat dari seluruh dunia yang turut menyertai #DSA2018.

Lebih 1,500 pempamer dari 60 buah negara terlibat dalam pameran yang diadakan buat kali ke-16 membabitkan penyertaan pelbagai syarikat antarabangsa seperti MBDA, BAE System dan Thales.

DSA yang mula dianjurkan pada 1988 merupakan pameran statik peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan negara Asia Pasifik.

=EZY=


Pengarang :