NASIONAL

Tak timbul kebenaran SPR isu penggunaan logo rasmi KEADILAN

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 APR: Tidak timbul isu perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan satu logo rasmi KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, hal itu kerana mana-mana calon bertanding yang mahu menggunakan logo parti itu hanya perlu mendapatkan watikah ditandatangani Presidennya.

“Mana-mana calon yang bertanding untuk guna logo KEADILAN perlu mendapatkan watikah yang ditandatangani oleh Presiden KEADILAN. Itu yang sebenarnya.

“Logo KEADILAN juga sah di daftarkan dengan SPR. Sudah ada kelulusan dari SPR. Maka tidak timbul isu perlu dapatkan kelulusan SPR lagi,” tulisnya dalam laman Facebooknya.

Pada masa sama, Fuziah turut mahu SPR tidak lagi dijadikan alat Barisan Nasional.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, Parti dalam Pakatan Harapan (PH) perlu mendapat kebenaran SPR jika mahu menggunakan satu logo parti saja pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada PH berhubung perkara itu.

Katanya, SPR perlu memastikan semua parti bertanding mengikut peraturan ditetapkan termasuk berkaitan penggunaan logo.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keempat-empat parti dalam pakatan itu menggunakan simbol KEADILAN untuk PRU-14.

=EZY=


Pengarang :