NASIONAL

“Umno-BN buat muka sardin salah guna kuasa”

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 APR: Pemimpin Umno disifatkan sebagai ‘muka sardin’ apabila terdesak apabila didakwa menjadikan program di sekolah sebagai platform mempromosikan parti dan diri masing-masing sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, sedangkan beliau sebagai wakil rakyat yang sah dipilih rakyat tidak dibenarkan masuk atau menghadiri program di sekolah.

“Dapat panggilan telefon dari beberapa ibu bapa pelajar, kata mereka patutnya puan yang rasmikan program kecemerlangan pelajar di Seksyen 24 tetapi kenapa wakil Umno pula?

“Inilah kegilaan pentadbiran di Malaysia, wakil yang sah dipilih oleh rakyat tidak dibenarkan masuk atau dijemput oleh sekolah-sekolah tetapi Ketua Bahagian Umno boleh dan inilah sebab kita tolak Umno-Barisan Nasional (BN) sebab sardin aje salah gunakan kuasa secara terang-terang,” kata Rodziah pada status terkini di akaun media sosial facebooknya.

Sejak Selangor dikuasai Pakatan Rakyat (kemudiannya Pakatan Harapan), pentadbiran di peringkat persekutuan sering mengeluarkan arahan dwi ‘standard’ kepada agensi mereka di peringkat negeri.

Antara yang paling ketara apabila sehingga kini pihak sekolah masih lagi tidak menggantung gambar Dato’ Menteri Besar Selangor seperti mana protokol yang lazimnya diguna pakai.

Keadaan ini mencerminkan Umno-BN tidak menghormati keputusan rakyat Selangor dalam PRU-12 dan PRU-13 lalu.

=EZY=


Pengarang :