SELANGOR

50 Ahli Umno Cawangan Taman Desa Mahang & Parit Mahang umum sertai KEADILAN

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 MEI: Mantan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Parit Mahang dan Mahang Jaya, Zailan Mohamad bersama Ahli Jawatankuasa cawangan, Mohamad Rozailan dan kira-kira 50 ahli Umno mengumumkan menyertai KEADILAN.

Pengumuman di hadapan Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu dibuat dalam satu program ceramah di tapak pasar malam di Taman Mahang Jaya malam tadi.

Mohamed Azmin berkata, KEADILAN sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin sama-sama berjuang bersama KEADILAN.

“Pintu KEADILAN sentiasa terbuka untuk sesiapa yang mahu berjuang menegakkan KEADILAN di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin menyerahkan baju KEADILAN kepada Zailan sebagai simbolik berhijrah ke dalam KEADILAN.

=EZY=

 


Pengarang :