NASIONAL

Anwar dilantik anggotai ahli pimpinan tertinggi presiden PAKATAN

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 17 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara dilantik menganggotai enam daripada ahli pimpinan tertinggi presiden Pakatan Harapan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya turut menetapkan 22 ahli yang terdiri daripada lima wakil setiap parti akan menyertai mesyuarat majlis presiden.

Katanya, ia termasuk seorang wanita dan pemuda daripada setiap parti gabungan.

“Kita akan bersidang sebulan sekali atau mungkin lebih kerap. Mereka bersidang bagi memutuskan perkara yang perlu mendapatkan persetujuan segera,” katanya dalam sidang media, di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Tun Dr Mahathir turut menubuhkan task force yang akan pengerusikannya untuk memberi perhatian terhadap kaum minoriti antaranya kaum India dan Orang Asal.


Pengarang :