Azlan Shah
SUKANKINI

ARRC: Azlan hadapi cabaran getir di Suzuka

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 MEI: Juara Asia dua kali, Azlan Shah Kamaruzaman berdepan cabaran getir bagi mempertahankan gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi, pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun pada 1 hingga 3 Jun ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu memulakan kempen musim 2017 dengan baik apabila meraih dua podium sewaktu pusingan pembukaan, di Thailand.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pelumba berusia 34 tahun itu apabila menghadapi masalah mekanikal sewaktu di Australia menyebabkan Azlan jatuh ke tangga ketiga dalam senarai keseluruhan ketika ini.

“Litar Suzuka bukan litar kegemaran saya dan selain faktor bentuk teknikal litar, nasib saya juga tidak begitu baik di sini.

“Saya berharap nasib lebih baik pada tahun ini dengan pasukan mengadakan ujian persendirian, di sini (litar Suzuka) bersama jentera baharu Kawasaki Ninja ZX6R untuk mendapat lebih banyak data jentera bagi menjadikannya lebih kompetitif berbanding, di Australia.

“Saya akan bekerja keras minggu ini untuk kembali ke podium. Mudah-mudahan semua berjalan lancar,” katanya.

Azlan menghadapi tugas mencabar apabila jentera baharu digunakan difahamkan masih belum berada, pada tahap terbaik selain turut mengharapkan insiden kemalangan di litar Suzuka sepanjang dua tahun lalu tidak berulang.


Pengarang :