SELANGOR

Dari Australia dan Macau sanggup pulang jadi PACA

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 8 MEI: Mohd Khairuddin Othman terharu apabila dua anggota ejen mengundi dan ejen kiraan undi (PACA) sanggup pulang ke Malaysia untuk berkhidmat, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras itu berkata, anggota terbabit terbang dari Australia dan Macau serta bersemangat membantu Pakatan Harapan (PAKATAN) menang dalam PRU kali ini.

“Saya juga menerima panggilan telefon sukarelawan daripada Macau yang memaklumkan masa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana bimbang tidak sempat,” katanya ketika memberi taklimat kepada kira-kira 120 ahli PACA, di Kelab Rahman Putra di sini, malam tadi.

Sementara itu, dalam taklimatnya beliau turut mengingatkan semua anggota PACA berani dan tegas supaya tidak mudah dipermainkan lawan.

“Kalau kita tak tegas, lemah anggota PACA lawan akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan kita itu,” katanya.

Terdahulu, lebih 180 sukarelawan yang mendaftarkan diri sebagai anggota PACA bagi DUN Paya Jaras, diberi taklimat berkenaan perjalanan mengundi dan mengira undi.

 


Pengarang :