SELANGOR

DYMM Sultan Selangor tiada campur tangan perlantikan Perdana Menteri

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan penularan tidak benar di media sosial mengaitkan baginda dalam campur tangan perlantikan Perdana Menteri.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Selangor bertitah bahawa beliau tidak terbabit untuk mempengaruhi ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong.

“Adalah dimaklumkan bahawa baginda tidak terlibat sama sekali untuk mempengaruhi Yang DiPertua Agong dalam pelantikan Perdana Menteri.

“Baginda kesal dengan laporan tidak benar itu yang menjadi tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Mohamad Munir berkata baginda menitahkan semua rakyat supaya tidak mudah percaya akan berita palsu di media sosial.

Katanya, hal itu kerana berita palsu itu bertujuan untuk mewujudkan ketengangan di antara pihak istana dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta menggugat keharmonian rakyat.

=EZY=


Pengarang :