AGAMA SELANGOR

Emran dilantik Timbalan Pengerusi MAIS baru

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik Orang Besar Daerah Petaling Jaya, Yang Amat Dimuliakan (YAD) Dato’ Emran Kadir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baru.

Pelantikan ini selaras dengan peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Seksyen 11 (1) (b) dan Seksyen 11 (1) (d) di mana Majlis hendaklah terdiri daripada seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada lapan orang anggota lain.

Manakala, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusoff turut dilantik sebagai anggota MAIS yang baru berkuatkuasa mulai 1 Mei 2018 hingga 31 Disember 2020.

Watikah perlantikan Emran dan Abdul Aziz diserahkan Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penyerahan Watikah di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Sementara itu, Yang Mulia Raja Muzaffar Raja Redzwa pula dilantik sebagai Orang Besar Daerah daerah Hulu Selangor.

=EZY=


Pengarang :