SELANGOR

Fokus banteras gejala sosial millennial

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 MEI: Isu gejala sosial dalam kalangan anak muda yang semakin serius, hari ini menarik minat calon DUN Kota Kemuning (N50), V Ganabatirau.

Katanya, gejala yang semakin membimbangkan itu menjadi agenda utamanya kepada golongan ‘millennial’ untuk merangka program, sekali gus membanteras aktiviti tidak bermoral, di kawasan terbabit.

“Saya juga akan membanteras penjualan arak secara haram, di sini. Gejala gengsterisme juga akan dititik beratkan untuk dibanteras.

“Saya mahu agenda sosial yang menyeluruh dari pelbagai aspek termasuk pendidikan dan agama,” katanya ketika program Santai Bersama Anak Muda, di Taman Sri Muda, di sini.

Hadir sama, calon Parlimen Kota Raja (P111) Mohamad Sabu.

Pada program sama, Ganabatirau turut berkongsi kejayaan Kerajaan Negeri selama 10 tahun mentadbir Selangor.

 


Pengarang :