SELANGOR

Henti berita fitnah, elak persepsi negatif

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 14 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kebimbangan baginda terhadap penyebaran berita palsu dan amalan budaya fitnah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini.

Baginda bertitah, amalan itu perlu dihentikan supaya sentimen negatif dalam kalangan rakyat dapat dihentikan.

“Beta menyatakan penyebaran berita palsu dan fitnah-memfitnah perlu dihentikan serta merta.

“Ia bagi memastikan perasaan buruk sangka dapat dihapuskan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Akujanji Serta Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Istana Alam Shah, Klang, petang ini.

Terdahulu, dilaporkan wujudnya kebimbangan umum terhadap budaya penularan berita palsu daripada pihak tertentu yang dilihat mampu menggugat kestabilan keharmonian, di negeri ini.

Dilaporkan, kekerapan penyebaran berita palsu meingkat lebih-lebih lagi ketika musim pilihan raya lalu, yang menyaksikan banyak berita tidak benar ditularkan.

Namunn di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri, amalan penyebaran berita sahih dan kebebasan media terus diangkat selepas mandat Putrajaya beralih kuasa kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN).


Pengarang :