NASIONAL

JKKKP, Pemandu turut dimansuhkan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 24 MEI: Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Pusat (JKKKP) dimansuhkan ekoran jawatan terbabit dikatakan terlalu dipengaruhi unsur politik berbanding memberi khidmat kepada masyarakat secara telus.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad berkata, sedangkan skop tugas JKKKP boleh dilaksanakan pegawai kerajaan lain yang dilantik.

“Cukuplah kita ada pegawai kerajaan lain yang boleh jalankan tugas JKKKP ini,” kata Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Jabatan Perdana Menteri, semalam.

JKKKP diwujudkan di era pentadbiran Barisan Nasional (BN) lazimnya ditubuhkan di negeri-negeri yang ditawan Pakatan pada masa itu.

Penubuhan JKKKP dilihat memberi kesan negatif kepada masyarakat kampung apabila pentadbiran sesebuah kampung terbahagi kepada dua pihak.

Sementara itu, selain JKKKP, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) turut dimansuhkan.


Pengarang :