NASIONAL

Keluar awal untuk halau ‘hantu’ pangkahkan kertas undi

OLEH NAZLI IBRAHIM

KOTA DAMANSARA, 5 MEI: Pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disarankan keluar awal untuk mengundi pada hari pengundian nanti.

Calon Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Shatiri Mansor berkata, kelewatan seseorang keluar mengundi akan memberi peluang pihak tidak dikenali mengundi dengan menggunakan nama pengundi sebenar.

“Kalau pukul 2.00 petang baru nak keluar mengundi, sampai tempat mengundi, tengok-tengok nama dah ada pengundi hantu ‘tolong’ undikan untuk saudara.

“Keluarlah undi awal supaya nama kita tak digunakan pengundi hantu pada PRU14 ini,” katanya pada program ceramah kelompok di sini, hari ini.

Jelasnya, selain pengundi hantu, pengundi juga perlu mengambil kira faktor cuaca di mana hujan kerap turun di sebelah petang.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam sidang medianya berkata semakkan mereka mendapati terdapat banyak keraguan dalam daftar pemilih terbaru SPR.

Antaranya, nama yang sama terlalu ramai, jumlah pengundi menggunakan alamat sama yang tinggi, nama individu yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dan lain-lain.


Pengarang :