NASIONAL

Laporan Pengauditan 1MDB dikelas dokumen terbuka

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 MEI: Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad  mengesahkan bahawa Laporan Pengauditan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dikelaskan sebagai dokumen terbuka.

Pengumuman berkenaan dibuat sebaik sahaja beliau selesai berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

“Saya merujuk laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia pada 22 Januari 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 4 Mac 2016.

“Saya memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB tersebut diklasifikasikan semula sebagai dokumen terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Madinah berkata, Ringkasan Eksekutif mengenainya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my.

Susulan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB pada 2015, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa orang awam menunggu audit 1MDB.

Bagaimanapun, selepas laporan itu selesai, ia diklasifikasikan sebagai rahsia.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebelum ini berikrar menyelesaikan isu 1MDB yang kini dalam siasatan antarabangsa.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) percaya sekurang-kurangnya US$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.


Pengarang :