dav
AGAMASELANGOR

Lima saudara baharu dirai PKNS

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 26 MEI: Seramai lima saudara baharu diraikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersempena kedatangan Aidilfitri.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim berkata, PKNS meraikan golongan terbabit dengan membawa mereka membeli belah kelengkapan raya di Kompleks PKNS Shah Alam.

“Kita sudah bawa mereka membeli belah pada 23 Mei lalu dan setiap seorang diberi peluang memilih pakaian raya masing-masing dengan kos keseluruhan sejumlah RM5,302.

“Malah, hari ini kita turut meraikan mereka bersama berbuka puasa dan memberi duit raya kepada anak-anaknya serta belanja dapur untuk setiap keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Ramadan PKNS 2018 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, semalam.

Ishak berkata, semoga sumbangan itu sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan kepada penerima dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri akan datang.

Terdahulu, PKNS dengan kerjasama SACC dan Yayasan Salam Malaysia menyantuni golongan gelandangan dengan memberi makanan serta berbuka puasa bersama golongan berkenaan di Menara Maybank, Kuala Lumpur pada 20 Mei lalu.

=EZY=

 


Pengarang :