AGAMASELANGOR

LZS sumbang RM35 juta bantuan zakat asnaf fakir, miskin dan mualaf

OLEH NORHAYATI UMOR

SABAK BERNAM, 23 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM35,084,750 bantuan zakat untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin serta mualaf di seluruh Selangor.

Ia membabitkan penerima 44,246 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta 5,777 orang asnaf mualaf di seluruh Selangor bagi membantu membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya.

Daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM9,519,690 diagihkan kepada 12,528 ketua keluarga asnaf fakir, manakala sebanyak RM23,459,640 diagihkan kepada 31,718 ketua keluarga asnaf miskin.

Selain itu, RM2,105,420 diagihkan kepada 5,777 asnaf mualaf dengan masing-masing menerima antara RM550 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan.

=EZY=

 


Pengarang :