SELANGOR

Macam ‘semut’ di ceramah PAKATAN

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 MEI: Macam semut. Itulah yang diibaratkan apabila melihat ribuan penyokong hadir ke ceramah anjuran Pakatan Harapan (PAKATAN), di seluruh negara.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat berkongsi gambar ribuan manusia hadir ke ceramah PAKATAN, melalui akaun Facebook rasminya.

Katanya, dua gambar berkenaan dirakam di lokasi berbeza, iaitu Indera Mahkota ketika siri jelajah kempennya ke Pahang, sementara sekeping gambar lagi di Pulau Pinang, iaitu siri kempen Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Kalau ini bukan kebangkitan rakyat, apa lagi?. Gambar ceramah malam ini di Indera Mahkota, Pahang dan Jalan Han Chiang Penang, tahniah rakyat!.

“Kita mesti menang, rakyat mesti menang, membina negara, memenuhi harapan melalui PAKATAN HARAPAN,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini isteri kepada Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut terkejut dengan jumlah orang ramai yang menghadiri siri ceramah jelajah PAKATAN, di seluruh negara.

Katanya, semangat rakyat itu perlu dipuji memandangkan hampir semua ceramah anjuran PAKATAN tidak memberi duit poket, makanan mahupun hadiah bagi memaksa orang ramai datang.


Pengarang :