SELANGOR

Maria Chin selesai buang undi di SMK Tropicana

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 9 MEI: Calon Kerusi Parlimen P105 Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah selesai membuang undi sekitar jam 3.15 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana.

Beliau membuang undi bersama tiga anak lelaki, Azemi Maria Mohamad Yunus, 22, Aziman Maria Mohamad Yunus, 23 dan Azumin Mohamad Yunus, 25 selepas tiba sekitar jam 3 petang.

Maria Chin sebelum itu tiba awal sekitar jam 11.15 pagi untuk membuang undi sekitar jam 11.30 pagi namun mengubah keputusan untuk kembali pada sebelah petang kerana barisan beratur yang panjang.

Dalam masa senggang, beliau turut melawat empat pusat pengundian di Dewan Masyarakat Taman Sri Manja, Medan Pejasa dan Sekolah Kebangsaan Taman Medan PJS2 dalam DUN Taman Medan diikuti Dewan Komuniti Jalan PJS6, Kampung Lindungan serta Dewan Sei Kelana, Kompleks Sukan Kelana Jaya SS7 di DUN Seri Setia.

=EZY=


Pengarang :