BERITA UTAMASELANGOR

MB luang masa iftar bersama penjawat awam

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 MEI: Dalam kesibukan tugas sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tetap komited melaksanakan tugas selaku Dato’ Menteri Besar Selangor apabila meraikan penjawat awam dalam satu majlis iftar.

Majlis Iftar Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Selangor yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7 dihadiri hampir 200 pegawai semua agensi Negeri Selangor.

Acara dimulakan dengan tazkirah bertajuk ‘Bulan Ramadan Dan Kelebihannya’ yang disampaikan Timbalan Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir.

Disusuli dengan solat Maghrib berjemaah dipimpin Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar.

Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa sebelum diteruskan dengan solat sunat terawih lapan rakaat dan diakhiri moreh.

=EZY=


Pengarang :