NASIONAL

MB: Malaysia tak bankrap tanpa GST, bankrap sebab perompak

OLEH SHEEDA FATHIL

TELOK GONG, 1 MEI: Kenyataan Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa kononnya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat mengelakkan Malaysia daripada jatuh bankrap itu ternyata salah.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, apabila GST dilaksanakan kadar kenaikan harga barang menjadi semakin parah.

Mohamed Azmin berkata, pengkhianat nombor satu dalam negara (Najib) seorang pemimpin zalim memijak rakyat sendiri tetapi diagungkan bangsa asing sehingga sanggup tidak mengenakan GST kepada pemaju projek ECRL.

“Kerajaan pimpinan Umno-BN sebaliknya pernah menyatakan, jika tiada GST negara akan bankrap sekali gus cukai itu dilaksanakan dan malangnya mereka tidak pula megenakan cukai tersebut kepada syarikat negara luar.

“Wahai Najib, Malaysia tidak akan bankrap tanpa GST tetapi Malaysia akan bankrap bila kamu sebagai Perdana Menteri perasuah perompak dan menjadi lanun dalam negara,” katanya pada malam sesi Santai Mesra masyarakat Telok Gong, di sini, semalam.

Turut hadir pada Sesi Santai Mesra itu adalah calon N.46 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dan calon P.110 Klang, Charles Santiago.

Sementara itu, Mohamed Azmin turut menegaskan rakyat seharusnya bijak memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya menyeru rakyat di Kampung Telok Gong ini memberi peluang Pakatan Harapan (PAKATAN) mentadbir Putrajaya dan sudah semestinya seperti termaktub dalam manifesto kami, GST akan dihapuskan,” katanya.

=EZY=


Pengarang :