BERITA UTAMASELANGOR

MB: PAKATAN kongsi kejayaan, tidak tabur janji

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG, 7 MEI: Berbanding Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PAKATAN) menggunakan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan berkongsi kejayaan dicatat sepanjang tempoh pentadbirannya, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendekatan itu lebih sesuai kerana Kerajaan Negeri menjalankan tanggungjawab penuh amanah demi kepentingan rakyat.

“Sebaik sahaja diberikan amanah, maka saya bertanggungjawab menggalasnya dengan jujur serta ikhlas dan ini yang kita laksanakan selama empat tahun.

“Maka, saya tidak turun menabur janji tetapi berkongsi kejayaan yang dicapai,” katanya.

Beliau berkata, dengan pentadbiran Kerajaan Negeri penuh berintegriti, Selangor mencapai kemajuan ekonomi dan rakyat menikmati pelbagai manfaat daripada program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Katanya, kejayaan diraih akan menyakinkan rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada PAKATAN, di Selangor seterusnya mengambil alih pentadbiran Putrajaya daripada BN.

“Saya tidak perlu berhempas pulas menabur janji dalam tempoh kempen kerana kita bekerja (untuk rakyat) daripada awal lagi,” katanya.

 


Pengarang :