PBTSELANGOR

MBPJ serah sumbangan bantu 80 warga emas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyampaikan sumbangan RM300 kepada 80 warga emas yang tinggal di Pangsapuri Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, PPR Lembah Subang, Desa Mentari, Taman Medan dan Taman Dato Harun.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan, sumbangan itu bertujuan membantu meringankan beban golongan itu dalam menghadapi persediaan bulan ramadan.

“Pemberian sumbangan itu juga merupakan salah satu tanggungjawab dan sumbangan khidmat sosial MBPJ kepada komuniti setempat,” katanya.

Majlis penyampaian sumbangan dan program tautan kasih warga emas itu disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar.

Pada masa sama, MBPJ turut menyampaikan buah kurma kepada 2,405 kakitangannya yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjayakan visi dan misi MBPJ.

“Program diperkenalkan sejak 2007 ini merupakan antara bentuk penghargaan MBPJ kepada 2,405 kakitangan.

“Di Ramadan ini juga, MBPJ terus komited menjalankan tugas harian dengan baik. Majlis juga berharap semua kakitangan terus bekerja dengan penuh disiplin, amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasan diberikan,” katanya.


Pengarang :