PBTSELANGOR

MBSA tawar pengurangan kmpuan sehingga 50%

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi potongan sebanyak 50 peratus kepada Orang Kena Kompaun (OKK) sepanjang Ramadan untuk melangsaikan tunggakan kompuan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, pelaksanaan kempen pengurangan kompaun tersebut bermula 17 Mei hingga 14 Jun ini.

Katanya, kempen yang dilaksanakan itu merupakan inisiatif MBSA membantu dan menggalakkan OKK menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan.

“Antara jenis kompuan yang diberi pengurangan adalah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007.

“MBSA turut memberikan pengurangan sebanyak RM30 bagi kompaun di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MBSA,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, orang ramai turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 dalam bentuk Akaun Simpanan Bank Mualamat untuk lapan orang pemenang melalui cabutan bertuah sekiranya menjelaskan pembayaran kompaun di kaunter Bank Muamalat atau melalui perbankan internet JomPAY.

Shahrin berkata, OKK hanya perlu masukkan biller code 6726, nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran.

Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai khususnya yang memiliki tunggakan kompaun agar mengambil peluang menyelesaikan kompaun masing-masing bagi mengelak tindakan mahkamah atau sekatan urusniaga dikenakan.

=EZY=


Pengarang :