SELANGOR

MBSA ungguli Kejohanan Sukan Pantai PBBM 2018

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 17 MEI: Pasukan Bola Tampar Pantai Lelaki Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) muncul juara selepas menunjukkan aksi cemerlang menewaskan Universiti Sains Malaysia (USIM) dalam Kejohanan Sukan Pantai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) 2018, pada baru-baru ini.

Perlawanan berlansung di Pantai Cenang, Pulau Langkawi, Kedah itu menyaksikan Pasukan MBSA ‘B’ menumpaskan Pasukan USIM dengan keputusan 2-0.

Ketua Bahagian Korporat Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, selain pasukan bola tampar, MBSA turut menghantar dua pasukan ke acara Sepak Takraw.

“Pasukan Takraw MBSA ‘A’ meraih naib juara selepas tewas menentang Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan keputusan 2-0 pada perlawanan akhir.” katanya dalam kenyataan.

Sharin berkata, Kejohanan anjuran PBBM itu mempertandingkan enam acara iaitu Bola Tampar Pantai Lelaki dan Wanita, Bola Sepak Pantai , Bola Jaring Pantai, Sepak Takraw Pantai, Petanque Pantai Lelaki dan Wanita.

Kejohanan bermula 11 hingga 14 Mei itu mendapat penyertaan 26 pasukan dari seluruh negara bagi merebut gelaran juara.


Pengarang :