SELANGOR

Mohamed Azmin kekal di DUN Bukit Antarabangsa

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG, 10 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa untuk Pakatan Harapan (PAKATAN) apabila memperoleh 30,892 undi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN mendapat majoriti 25,512 undi dalam persaingan lima penjuru itu.

Selaku ketua Kerajaan Negeri, Mohamed Azmin berjaya mengatasi calon lain dengan selesa iaitu Salwa Yunus (BN) mendapat 5,380 undi, Sharifah Haslizah Syed Ariffin (Pas) (2,311), Ahmad Kamarudin (PRM) (116) dan adiknya, selebriti tanahair, Azwan Ali (Bebas) (90).

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus, Abdul Hamid Hussein di Dewan Datuk Ahmad Razali di sini, malam ini.

Peratusan keluar mengundi direkodkan bagi DUN Bukit Antarabangsa adalah sebanyak 84.4 peratus manakala undi rosak 268.


Pengarang :