Sebanyak 34,090 kes demam denggi dilaporkan di Selangor dari Januari hingga 1 Ogos.
PBTSELANGOR

MPK laksana Ekosistem cegah denggi

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 30 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan melaksanakan program Ekosistem bagi pencegahan dan kawalan denggi di kawasan pentadbirannya.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, Ekosistem dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan Pejabat Tanah Daerah Klang itu bertujuan memastikan pengawalan dan pencegahan demam denggi dilaksanakan dengan efisyen.

Katanya, Ekosistem akan dilaksanakan di lapan DUN antaranya Sementa, Sungai Pinang dan Meru.

“Program itu juga akan memperkasakan anggota dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.

“MPK juga mahu membina hubungan baik dan kebolehpercayaan antara anggota kesihatan dan komuniti setempat, memfokuskan penyelesaian berdasarkan isu setempat,” katanya.

Mohamad Yasid mahu pemantauan dan tindakan pembetulan serta penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan di kawasan bermasalah dengan adanya program terbabit.

Beliau berharap dengan adanya pelaksanaan itu, MPK dapat mengurangkan kes denggi dengan lebih efektif.

“Kita juga mahu Ahli Majlis mengikut zon memberikan kerjasama sepenuhnya dalam program ini nanti,” katanya.

=EZY=


Pengarang :