NASIONAL

Najib akan diberi perbicaraan adil

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 7 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diberi perbicaraan adil jika Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Peguam kepada peguam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, perbicaraan adil perlu diberikan bagi memastikan institusi kehakiman negara dapat ditegakkan.

“Pada malam 9 Mei nanti sudah tentu Najib akan lari ke luar negara tetapi tak mengapa, biarkan dia pergi sementara kita uruskan hal mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah, barulah kita mohon kerjasama negara luar untuk bawa Najib balik ke Malaysia,” katanya pada Program Bicara 10 Janji 100 Hari di Suajana Utama di sini, malam tadi.

Katanya, selain Najib yang akan didakwa atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa khususnya berkaitan 1MDB, beberapa individu lain juga akan disiasat sebelum dibicarakan.

Katanya, Najib ketika berkuasa mempergunakan semua jentera untuk mempertahankan kuasanya.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan macam-macam lagi digunakan beliau dan mereka ini juga tidak terlepas daripada siasatan,” katanya.


Pengarang :