NASIONAL

Najib sah letak jawatan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 12 MEI: Datuk Seri Najib Razak secara sah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Dengan peletakan jawatan itu, Biro Politik Umno memutuskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Beliau berkata, mesyuarat biro politik mengambil kira keadaan semasa yang begitu getir kesan pilihan raya umum, Rabu lalu.

“Memandangkan Umno dan BN mengalami kekalahan amat berat, maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengmbil keputusan meletakkan jawatan serta-merta,” katanya pada sidang media, di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Sehubungan itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik untuk menggalas tanggunjawab sebagai timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN.

“Ketiga sayap Umno memberi sokongan sepenuhnya kepada cadangan ini,” katanya.

Untuk rekod, Ahmad Zahid dan Hishammuddin ialah Naib Presiden Umno.

Jawatan timbalan presiden parti itu kosong susulan pemecatan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 24 Jun 2016.


Pengarang :