SELANGOR

PACA tidak dibenarkan masuk, SPR perlu pantau lebih teliti

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 9 MEI: Calon kerusi N34 DUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran kesal apabila Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan agen pembuangan dan pengiraan undi (PACA) masuk ke beberapa pusat pembuangn undi pagi ini.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepadanya sekitar jam 7 pagi selepas dihubungi wakilnya.

“Sepatutnya setiap calon boleh menempatkan satu PACA. Di kawasan yang saya pergi, hanya PACA calon Parlimen P105 Maria Chin Abdullah sahaja dibenarkan masuk tetapi wakil saya tidak dibenarkan.

“Tiada peraturan yang menyatakan setiap calon patut berkongsi agen.

“Selepas berbincang, akhirnya PACA saya dibenarkan masuk dan kes berjaya diselesaikan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata kejadian berlaku di Sekolah menengah Jenis Kebangsaan Katholic, Sekolah Kebangsaan Bukit Bintang dan Sekolah Rendah Kebangsaan (2), Jalan 10.

Rajiv berkata, SPR sepatutnya menendalikan perjalanan pilihan raya dengan lebih teratur bagi memudahkan semua pihak pada hari pembuangan undi.

=EZY=


Pengarang :