BERITA UTAMANASIONAL

PAKATAN ambilalih, Negeri Sembilan berjaya

OLEH HAFIZAN TAIB

PORT DICKSON, 8 MEI: Negeri Sembilan diyakini akan mencapai kemajuan seperti Selangor apabila Pakatan Harapan (PAKATAN) diberi mandat untuk mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke 14 (PRU).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dengan perubahan berlaku ketika ini PAKATAN yakin ia akan direalisasikan dengan tampuk pentadbiran negeri dan negara akan bertukar tangan selepas 9 Mei ini.

“Dengan sokongan luar biasa membuktikan rakyat Negeri Sembilan bersedia untuk membentuk kerajaan baharu di negeri ini dan Persekutuan,” katanya dalam Ceramah Umum Jelajah KEADILAN Harapan Malaysia ke Negeri Sembilan di Taman Negeri di sini, malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, Selangor dipimpin PAKATAN dalam tempoh sepuluh tahun telah mencapai kemajuan dengan kekal penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 23 peratus.

Katanya, walaupun Barisan Nasional (BN) melalui media kawalannya sering melancarkan serangan dengan laporan berita negatif tetapi Selangor terus menjadi negeri maju dan berjaya di Malaysia.

“Negeri ditadbir BN seperti Johor, Perak, Sarawak, Pahang kalah termasuk Negeri Sembilan juga kalah (dengan Selangor).

“Saya percaya Negeri Sembilan boleh menjadi seperti Selangor kalau PAKATAN ambilalih pentadbiran negeri pada 9 Mei ini,” katanya.

Hampir 3,000 hadirin membanjiri tapak program bagi mendengar ucapan pemimpin dan calon PAKATAN serta memberi sokongan.

 

=EZY=


Pengarang :