SELANGOR

PAKATAN sapu bersih kerusi Gombak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 10 MEI: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan rentak kemenangannya di kerusi Parlimen Gombak dengan undian 75,113.

Dato’ Menteri Besar itu menewaskan dua calon lain, Ir Khairil Nizam Khirudin (PAS) yang memperoleh 17,537 undian dan calon Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin, 26,392 undi.

Beliau kekal mempertahankan kerusi panas itu bagi tempoh penggal ketiga, berturut-turut.

Dalam pengumumannya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 933 undi ditolak, manakala jumlah peratusan keluar mengundi 85.4 peratus.

Saingan pilihan raya ini menyaksikan Mohamed Azmin menang besar dengan majoriti meningkat, kepada 48,721 berbanding pilihan raya lalu, sebanyak 4,734 undi.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PAKATAN) turut menang di ketiga kerusi Dewan Undangan Negeri, Parlimen Gombak.

Calon N16 Sungai Tua, Amiruddin Shari yang berdepan saingan empat penjuru turut mengekalkan DUN itu dengan 17,446 undi.

Penyandang N18 Hulu Kelang, Saari Sungip juga mempertahankan kerusi itu dengan jumlah undi 25,746.

Muka baru calon N17 Gombak Setia, Hilman Idham pula menang dengan memperoleh 24,157 undi.


Pengarang :