Selangorkini
SELANGOR

Parlimen Klang kekal tiga penggal di tangan PAKATAN

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 10 MEI: Parlimen Klang (P.110) akhirnya kekal menjadi milik Pakatan Harapan (PAKATAN) selama tiga penggal berturut-turut, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kerusi P.110 itu berjaya dimenangi penyandang kekal tiga penggal berturut-turut, Charles Santiago, yang menerima undi sejumlah 98,279 menewaskan tiga pencabarnya.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Ching Eu Boon, yang hanya menerima 19,506 undi, Khairul Shah Kotappan (PAS) dengan 9,169 undi dan G Puvananderan (Bebas) yang hanya menerima 120 undi.

PRU14 menyaksikan 128,536 kertas undi dikeluarkan dan 127,074 jumlah undi diterima calon Parlimen berkenaan.

Sementara itu, 393 undi ditolak dan 54 undi tidak kembali dengan peratus pengundian sejumlah 85 peratus.

Manakala, tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah P.110 berjaya dimiliki PAKATAN dengan penuh bergaya.

DUN Bandar Baru Klang (N.45) yang sebelum ini dikenali DUN Sungai Pinang kekal dimenangi penyandangnya, Dato’ Teng Chang Khim dengan jumlah undi sebanyak 44,926.

Beliau menewaskan pencabarnya, Teoh Kah Yeong, daripada BN dengan majoriti undi 39,828.

Manakala, DUN Pelabuhan Klang (N.46) dimenangi calon yang julung kali bertanding, Azmizam Zaman Huri.

Azmizam berjaya memenangi kerusi itu dengan undian sejumlah 15,827 menewaskan calon BN, Dato’ Seikh Rajesh Seikh Ahmad, yang hanya menerima undian sejumlah 9,415.

Malah, Azmizam turut mengalahkan calon PAS, Khalid Nayan, yang hanya menerima undi 2,925 dan calon Parti Sosialis Malaysia, [email protected] (128).

Sementara itu, bagi kerusi DUN Pandamaran (N.47) pula dimenangi Tony Leong Tuck Chee yang berjaya menerima 41,552 undi dengan majoriti 35,863.

Tony berjaya menewaskan pencabar tiga penjuru beliau iaitu, Tee Hoi Ling, calon BN yang hanya menerima 5,689 undi serta calon PAS, Santokh Singh (1,459).

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato’ Mohamed Yasid Bidin, pada jam 4.50 pagi bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.


Pengarang :