NASIONAL

Pasukan Petugas Khas 1MDB bermesyuarat kali pertama

OLEH AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 22 MEI: Pasukan Petugas Khas 1MDB bermesyuarat buat kali pertama hari ini bertempat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Dato’ Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

“Dalam mesyuarat telah dibincangkan secara terperinci untuk tindakan lanjut yang perlu diambil melibatkan kes 1MDB.

“Tumpuan diberikan kepada pengesanan asset, membawa balik semua wang dan asset hasil dari aktiviti kesalahan kes 1MDB serta tindakan jenayah ke atas pihak-pihak terlibat melalui Akta SPRM/AMLA dan Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Tegasnya, Pasukan Petugas Khas yang telah dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan menjalankan tugas secara telus, adil dan profesional selain memaklumkan mesyuarat seterusnya akan dilangsungkan esok.

 

 


Pengarang :