SELANGOR

Pengundi berebut ‘selfie’ dengan Azmin

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 9 MEI: Kehadiran Calon N019, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali  di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pagi tadi menarik perhatian ramai.

Mohamed Azmin hadir selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Klang Gate pada jam 8 pagi.

Orang ramai yang sedang sibuk beratur terkejut ketika disapa Mohamed Azmin dari arah belakang.

Tidak lama kemudiannya orang ramai mula mengerumuni Menteri Besar Selangor itu dan ada diantaranya yang berebut untuk berselfie dengan beliau.

Bagi Raz Jaafar Abdul Kadir, 43 berkata, dia terkejut melihat Mohamed Azmin turun padang bertemu pengundi.

“Memang seronok bertemu dengannya, saya harap sekiranya beliau menang, dia akan kembali meneruskan kejayaan Selangor dan terus membantu rakyat negeri ini,” katanya.

Selepas singgah di Ampang Jaya, Mohamed Azmin kemudiannya bertemu pengundi di Sekolah Kebangsaan Ampang, Kampung Melayu, Taman Melawati dan kemudiannya ke Taman Selaseh.


Pengarang :