AGAMAPENDIDIKAN

Perkaya ibadah di bulan Ramadan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 17 MEI: Bulan Ramadan adalah saat yang tepat bagi umat Islam untuk dijadikan momentum memperkaya diri dengan amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan.

Pengarah Institut Maqasid Syariah Universiti Selangor (UNISEL), Hasri Harun berkata, emosi seseorang muslim dapat dikembangkan dengan baik jika ibadah puasa ditempuh dengan penuh takwa.

“Selain meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang individu, ia dapat membentuk disiplin, mendidik kejujuran dan kesetaraan serta mengajar erti kesabaran.

“Oleh itu, Ramadan harus dihidupkan dengan As-Siyam (menahan diri daripada sifat mazmumah) dan Al-Qiyam iaitu membangunkan Ramadan dengan aktiviti tadarus Al-Quran, qiamullail, solat tarawih dan infaq,” katanya dalam Ceramah Ambang Ramadan 1439 Hijrah, di Dewan Pro Canselor, di sini, semalam.

Turut hadir dalam ceramah berkenaan adalah Presiden dan Naib Presiden UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Mohammad Redzuan berkata, jangan sesekali melupakan kesulitan dihadapi saudara umat Islam di wilayah bergolak Palestin dalam kegembiraan menyambut Ramadan.

Sepanjang Ramadan, UNISEL akan menyediakan pelbagai aktiviti keagamaan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan itu.


Pengarang :