dav
SELANGOR

PKNS agih zakat perniagaan RM70,000 kepada 10 NGO

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 25 MEI : Sejumlah RM70,000 sumbangan zakat diagihkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sumbangan itu disampaikan pada Majlis Iftar Ramadan PKNS 2018 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim berkata, majlis iftar itu menjadi acara tahunan PKNS setiap kali menjelangnya Ramadan.

“Turut diraikan hampir 1,000 orang terdiri daripada kakitangan PKNS dan insan kurang bernasib baik.

“Selain meraikan mereka yang kurang bernasib baik, ia dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan kakitangan PKNS,” katanya.

Sementara itu, antara NGO yang menerima sumbangan terbabit adalah Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Malaysia; Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Islamic Medical Association of Malaysia (Persatuan IMAM).

Selain itu, Yayasan Al-Ikhlas; Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia; Yayasan Kanser Malaysia, Majlis Kanser Negara dan Maahad Tahfiz Pulau Meranti Puchong turut menerima sumbangan itu.

Daripada RM70,000 setiap NGO masing-masing menerima RM7,000.

Pada masa sama, anak syarikat PKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd turut menyumbang RM7,000 kepada Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatu Quran, Tanjong Karang.

Manakala, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) turut menyumbang RM7,000 kepada Pusat Tahfiz Sofiuddin Kampung Delek.


Pengarang :