SELANGOR

Sah polis tahan Jamal Yunos

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 MEI: Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan penahanan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Dato’ Mazlan Mansor berkata, Jamal ditahan, di Hospital Ampang Puteri, Ampang, sekitar jam 1.15 petang tadi.

“Suspek sekarang masih ditahan di hospital terbabit kerana sedang menjalani rawatan.

“Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat dibawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan, pada 12 Mei lalu.

“Selain kes berkaitan senjata api, suspek juga disiasat untuk beberapa lagi kes lain,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata, suspek juga mempunyai dua waran tangkap yang akan disempurnakan selepas selesai menjalani rawatan.


Pengarang :