SELANGOR

Selangor sambut baik penubuhan Majlis Perunding Pertanian Negara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 23 MEI: Kerajaan Selangor menyambut baik insiatif penubuhan Majlis Perunding Pertanian Negara di peringkat Persekutuan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, penubuhannya mampu memperlebar jaringan industri pertanian negeri dan Putrajaya, khususnya.

“Usaha ke arah penyediaan makanan asasi yang mencukupi melalui pemodenan pertanian dan pemerkasaan ‘industrial’ asas tani amat penting kepada ‘food security’ negara.

“Pelaksanaan penubuhan Majlis Perunding Pertanian Negara mampu mengurangkan kebergantungan kepada makanan import, justeru di peringkat Kerajaan Negeri, penubuhan Majlis Perúnding Pertanian Negara adalah langkah bijak,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, penubuhannya dibuat bagi menjana idea ke arah memperkasa dan meningkatkan produktiviti industri asas tani seiring keperluan semasa.

Menterinya, Salahuddin Ayub menegaskan penubuhan majlis itu akan dipengerusikan seorang tokoh ternama dalam sektor pertanian.

Katanya, ia turut membabitkan beberapa nama besar lain yang berupaya memberi nilai tambah.

“Selain meningkatkan produktiviti asas tani, majlis ini juga berperanan menjana cadangan ke arah menambah baik fungsi dan perkhidmatan kementerian secara keseluruhan,” katanya.


Pengarang :