SELANGOR

Selebriti, pereka fesyen: Tahniah Mohamed Azmin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 MEI: Pelantikan semula Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Dato’ Menteri Besar, terus mendapat perhatian umum.

Pemilihan Mohamed Azmin untuk kekal menerajui kepimpinan negeri turut disambut baik selebriti tempatan dan pereka fesyen terkenal tanah air.

Antaranya, penyanyi Ifa Raziah dan pengarah terkenal, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Keduanya-dua merakamkan penghargaan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar itu di ruangan komen Instagram, Mohamed Azmin, semalam.

“Tahniah Yb,” tulis Ifa Raziah.

Namun bagi Tiara Jacquelina, pelantikan Mohamed Azmin dianggap cukup istimewa baginya, sebagai seorang anak jati Bumi Darul Ehsan.

“Bangga menjadi #AnakSelangor. Lahir dan dibesarkan di negeri ini. Tahniah Yb Azmin Ali,” katanya.

Tidak melepaskan peluang sama berkongsi keterujaan atas pelantikan Dato’ Menteri Besar itu adalah pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

“Yayy!!!!” tulisnya.

Semalam, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Mohamed Azmin sebagai Dato’ Menteri Besar, bagi tempoh penggal kedua.

Majlis istiadat angkat sumpah dan pelantikan ke jawatan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah.


Pengarang :