SELANGOR

Shuhaimi kecam tak benar PACA bertugas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 MEI: Calon KEADILAN Sungai Kandis (N49) Shuhaimi Haji Shafiei menyelar tindakan Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang tidak membenarkan petugas Ejen Pusat Mengundi dan Mengira Undi (PACA) nya di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Shuhaimi berkata, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sepatutnya mengendalikan perjalanan pilihan raya dengan lebih teratur bagi memudahkan semua pihak pada hari pembuangan undi.

“Mereka hanya membenarkan satu calon hanya satu PACA sahaja, contohnya hanya PACA dari Parlimen sahaja dibenarkan.

“Tindakan untuk mengurangkan jumlah PACA dalam saluran mengundi,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Shuhaimi berkata terdapat juga KTM tidak membenarkan mereka mengisi borang 13.

Terdahulu, beliau melawat ke 19 PDM bagi melihat kelancaran proses membuang undi.

Shuhaimi turut melawat petugas dan ejen tempat mengundi di setiap PDM.

Beliau sempat bersalaman dengan pengundi di PDM dan sempat mengambil gambar dengan beliau.

DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru diantara calon KEADILAN, Mat Shuhaimi Shafiei dicabar oleh Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari; Mohd Yusof Abdullah (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

=EZY=


Pengarang :