SELANGOR

Sokongan ‘millennials’ Telok Gong terhadap PAKATAN dipuji

OLEH SHEEDA FATHIL

TELOK GONG, 1 MEI : Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memuji golongan ‘millennials’ Kampung Telok Gong mempunyai semangat berkobar-kobar datang untuk memberi sokongan kepada sesi Santai Mesra, di sini, malam tadi.

Mohamed Azmin berkata, sambutan daripada golongan itu amat luar biasa sekali gus membuktikan bahawa mereka sudah mula bangkit dan mahu melihat masa depan Malaysia cerah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN).

“Saya difahamkan Kampung Telok Gong merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional (BN) namun kebangkitan anak muda pada malam ini membuktikan mereka sendiri mahu menolak pimpinan Umno-BN yang korup dan zalim itu.

“Kita daripada PAKATAN samada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), AMANAH dan DAP datang menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) bertujuan mahu membawa politik baru serta menolak politik menekan juga menzalimi rakyat itu,” katanya.

Turut hadir pada Sesi Santai Mesra itu adalah calon N.46 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dan calon P.110 Klang, Charles Santiago.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, kerajaan Umno-BN diminta berhenti memijak dan menekan rakyat kerana rakyat hari ini semakin matang.

“Rakyat tidak mahukan politik perkauman, rakyat lebih selesa dan aman jika orang Melayu, Cina, India juga Sikh dapat hidup aman damai sebagai bangsa Malaysia.

“Cukuplah 60 tahun kita merdeka di bawah Umno-BN, saya mahukan anak-anak saya, anak-anak tuan puan dapat kerajaan yang stabil dan berwibawa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyarankan kepada semua pengundi untuk datang beratur di dewan mengundi PRU14 seawal mungkin dan pangkah kerajaan yang benar-benar komited serta peduli rakyat demi anak-anak, generasi cuci cicit pada masa akan datang.

=EZY=


Pengarang :