NASIONAL

SPR dituntut warta jumlah pengundi pos

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut mengumum dan mewartakan secara rasmi jumlah pengundi pos bagi setiap bahagian pilihan raya, di seluruh negara.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia perlu dilakukan segera kerana SPR hingga kini didapati masih gagal berbuat demikian.

“Saya mempersoalkan kenapa SPR masih tidak mengumumkannya? Pengumuman dan pewartaan mesti dibuat sebelum kertas undi pos dikembalikan kepada pegawai pengurus.

“Kegagalan SPR melakukannya akan menimbulkan keraguan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, saranan itu dikemukakan PAKATAN supaya semua parti bertanding mengetahui bilangan sebenar pemilih pos berdaftar bagi kategori 1A, 1B dan 1C.

Ini kerana, katanya, SPR dimaklumkan sudah menjalankan pengeluaran undi pos, pada 1 Mei lalu dan proses pengundiannya membabitkan 11 agensi kerajaan.


Pengarang :