NASIONAL

SPRM: Tahniah Mohd Shukri

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 18 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull atas pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

SPRM menerusi kenyataan berkata, seluruh warga badan itu mengalu-alukan pelantikan Mohd Shukri bagi menerajui SPRM dalam menyempurnakan amanah memastikan negara bebas daripada jenayah rasuah.

“SPRM berharap beliau dapat menyempurnakan amanah, tanggunjawab dan harapan rakyat bagi memastikan negara ini bebas daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Mohd Shukri menggantikan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan dalam suruhanjaya tersebut, pada Isnin lalu.

Pelantikan Mohd Shukri itu diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Untuk rekod, Shukri Abdull sudah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM dengan jawatan terakhir dipegang beliau adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Pada 3 Oktober 2016, beliau memilih untuk bersara wajib dan jawatannya digalas oleh Datuk Seri Azam Baki.

 


Pengarang :