NASIONAL

Sultan Johor harap PM dilantik hari ini

SHAH ALAM, 10 MEI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap Istana Negara dapat memastikan Perdana Menteri baru dilantik ke jawatan itu hari ini juga.

Pesanan khas baginda itu dimuat naik dalam rakaman video yang disiarkan di Facebook baginda.

“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan berbuang masa lagi.

“Dan saya harap Istana Negara ini hari juga melantik Perdana Menteri yang baru kerana ini adalah kepentingan rakyat bukan kepentingan saya ataupun individu,” titah baginda.

Baginda adalah anggota Majlis Raja-raja Melayu.

Pada masa sama, Sultan Johor menitahkan supaya semua pihak menghormati suara rakyat.

“Saya minta semua pihak menghormati suara rakyat yang mana rakyat hendakkan kerajaan yang baru,” titah baginda.

=EZY=

 


Pengarang :