SELANGOR

Sultan prihatin dan peduli rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

SABAK BERNAM, 22 MEI: Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli ke majlis merasmikan masjid, berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan mencerminkan keprihatinan dan kepedulian terhadap Institusi Agama Islam di Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, majlis itu juga dijadikan acara rasmi kerajaan dan berperanan sebagai pengikat hubungan erat antara baginda dan rakyat.

“Pada tahun ini, sebanyak 12 masjid kariah dan empat masjid institusi termasuk tujuh masjid akan dirasmikan DYMM Sultan Selangor.

“Sepanjang pelaksanaan majlis ini, pemilihan lokasi berbeza dari tahun sebelumnya bagi memastikan semu masjid di seluruh negeri mendapat peluang bertemu baginda,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya 1439H serta perasmian masjid.

Terdahulu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya berjumlah RM219,000 kepada 438 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf, di daerah ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM3,500 diserahkan kepada tujuh asnaf fakir, manakala RM157,500 diagihkan kepada 315 asnaf miskin.

Manakala, RM58,000 diserahkan kepada 116 asnaf mualaf dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang.

=EZY=

 


Pengarang :