BERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor berkenan berbuka puasa dengan 500 anggota polis

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan buat julung kalinya berkenan mencemar duli menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, petang tadi.

Lebih dari 500 anggota polis dari Shah Alam dan juga luar hadir menyambut ketibaan baginda sejak dari jam 6 petang.

Turut mengiringi baginda, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta isteri, Datin Seri Shamshida Taharin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun.

Pada majlis yang sama, baginda turut berkenan melawat galeri pameran koleksi foto pegawai polis dari zaman dahulu hingga kini.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor melalui ucapan sembah maklumnya memberitahu, beliau berbesar hati apabila Sultan Selangor sanggup mencemar duli bersantap bersama anggota polis Selangor.

“Patik mengucapkan terima kasih dan sesungguhnya kami anggota polis berbesar hati dengan kedatangan Tuanku, ini adalah julung kali kehadiran Tuanku ke Surau Khalid Al Walid di IPK untuk berbuka puasa,” katanya


Pengarang :