AGAMASELANGOR

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan empat syarikat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada empat buah syarikat berjumlah RM14.32 juta pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Empat syarikat tersebut adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Selangor, Dato’ Mohd Zahir Md Nagoor yang menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM4.71 juta.

Diikuti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Paduka Noraida Mohd Yusof dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM4.39 juta.

UMW Holdings Berhad yang diwakili Pegawai Kumpulan UMW, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menunaikan zakat berjumlah RM2.69 juta.

Manakala Kumpulan Worldwide Holdings Berhad yang mewakilkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria menunaikan zakat perniagaan bernilai RM2.51 juta.

Kesemua syarikat ini menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2017.

Pada majlis sama Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 66 orang asnaf fakir, 204 orang miskin serta 171 asnaf mualaf.

Kesemua mereka menerima sumbangan zakat RM500 setiap seorang melibatkan jumlah zakat sebanyak RM220,500.


Pengarang :