NASIONAL

Sunway tawar 30% diskaun pemeriksaan kesihatan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 24 MEI: Pusat Perubatan Sunway menawarkan 30 peratus diskaun bagi pemeriksaan kesihatan terpilih sehingga 30 Jun ini.

Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata, tawaran itu dibuat bersempena perasmian ‘Wellness Centre’, di Hospital Sunway.

Katanya, pusat terbabit dibuka bagi memenuhi permintaan perkhidmatan kesihatan buat penduduk, di sekitar Lembah Klang.

“Sunway berusaha memberikan kualiti bertaraf dunia dan mengikut tahap kesihatan antarabangsa, justeru pusat ini direka untuk membantu pelanggan menguruskan tahap kesihatan mereka jika berisiko mendapat penyakit berbahaya setelah melalui proses pemeriksaan.

“Ia sekali gus memudahkan pesakit mendapatkan rundingan kesihatan dengan pakar dan mengurangkan masa perjalanan pesakit mendapatkan rawatan,” katanya selepas merasmikan ‘Wellness Centre’ di Hospital Sunway.

Pusat yang terletak di Tower A, Hospital Sunway itu mempunyai keluasan 511 kaki persegi dan menelan belanja RM2 juta.


Pengarang :