SELANGOR

‘Tuk, Tuk, Tuk…’ gaya kempen Calon PAKATAN N16 Sungai Tua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 1 MEI : Calon Pakatan Harapan (PAKATAN), N16 Sungai Tua, Amirudin Shari melaksanakan pendekatan ‘kunjungan rumah ke rumah’ pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri itu sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum (PRU14), ini.

Menariknya, Exco Kerajaan Negeri itu menggunakan konsep ‘ketuk pintu ke pintu’ dari setiap rumah ke rumah bagi mendengar secara dekat permasalahan setempat penduduk di kawasan itu.

“Saya kekalkan rentak berkempen seperti tahun pertama dahulu saya bertanding di kawasan ini dengan menggunakan cara mudah dan mesra kepada masyarakat.

“Konsep itu dikekalkan kerana ia menjadi kelaziman saya untuk berjumpa masyarakat di kawasan ini secara akrab sejak tempoh sebelum pilihan raya lagi.

“Hubungan baik ini wajar dikekalkan bagi merapatkan pertalian dan hubungan setempat bersama setiap anggota masyarakat,” katanya.

Beliau bercakap kepada SelangorKini, selepas hadir meneruskan aktiviti turun padang mendekati masyarakat di kawasan perumahan Taman Amaniah dan Taman Selayang, petang ini.

DUN Sungai Tua merupakan kerusi baru yang diperkenalkan di bawah penstrukturan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya, baru-baru ini.

Nama lama bagi kerusi berkenaan adalah, Dewan Undangan Batu Caves yang menyaksikan populasi pecahan kaum terbesar di kawasan itu.

Pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) lalu, Amirudin berjaya menewaskan calon Barisan Nasional N.Rawi dengan 14,552 undi.

Sementara itu, bagi persaingan PRU 14 ini, menyaksikan pertembungan empat penjuru di kawasan DUN berkenaan.

Amirudin berdepan saingan Datuk N Rawisandran (BN), Mohammad Ibrahim (PAS) dan Badrul Hisam (Bebas).

=EZY=


Pengarang :